Xiaomi Mi Wi-Fi Range Extender Pro Memasuki Pasaran Malaysia Jun Ini

Pengurus Rantau Xiaomi bagi Malaysia dan Singapura, Encik Nicholas Shi memaklumkan pihaknya sedang dalam usaha melancarkan lebih banyak peranti IoT ke pasaran tempatan.

Salah satunya adalah Mi Wi-Fi Range Extender Pro yang bakal membuat kemunculan di Malaysia pada 25 Jun ini. Sebagaimana namanya, peranti ini digunakan untuk menambahkan jarak liputan Wi-Fi di dalam sesebuah rumah atau premis.

Untuk hasil terbaik, Mi Wi-Fi Range Extender Pro perlu ditempatkan di suatu tempat antara router dan zon mati; tempat-tempat yang sukar dijangkau seperti di dalam bilik, balkoni, dapur dan dengan isyarat router yang kuat dan stabil – anda boleh menyemaknya melalui aplikasi Mi Home

Dilengkapkan dengan dua antena luaran, peranti berkuasa cipset MediaTek ini boleh ditetapkan menerusi aplikasi Xiaomi Home dan mampu menyediakan kelajuan sambungan sehingga 300Mbps. Penambah jarak Wi-Fi ini mampu menyokong sehingga 16 peranti dalam satu-satu masa.

Untuk catatan, Mi Wi-Fi Range Extender Pro hanya mampu menyokong jalur Wi-Fi 2.4GHz sahaja. Harga Mi Wi-Fi Range Extender Pro boleh didapati pada RM59 di Mi Stores seluruh negara.

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!