(Ura-Ura) Spesifikasi Terkini Barisan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro

Menurut Jon Prosser dari saluran YouTube Front Page Tech, barisan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang dikhabarkan Apple akan bermula dengan storan 128GB. Ini membuatkan storage asas kali ini 2x lebih besar yang ditawarkan Apple selama tiga tahun terakhir iaitu 64GB.

Jon Prosser mendedahkan maklumat ini dalam video terbarunya, dengan mendakwa bahawa model iPhone 12 5.4 inci dan 6.1 inci akan tersedia dengan storan 128 GB atau 256 GB dan model iPhone 12 Pro 6.1 inci dan 6.7 inci akan mempunyai 128 GB, 256 GB, dan storan 512GB adalah pilihan.

Dan yang paling menarik, kesemua model tersebut dijangka menampilkan paparan OLED, sokongan 5G, dan cip A14 yang lebih pantas.

 

iPhone 12 iPhone 12 Max iPhone 12 Pro iPhone 12 Pro Max
Display 5.4-inch BOE OLED Super Retina 6.1-inch BOE OLED Super Retina 6.1-inch Samsung OLED Super Retina XDR
with ProMotion and 10-bit Color Depth
6.7-inch Samsung OLED Super Retina XDR
with ProMotion and 10-bit Color Depth
Memory 4GB 4GB 6GB 6GB
Storage 128GB, 256GB 128GB, 256GB 128GB, 256GB, 512GB 128GB, 256GB, 512GB
Body Aluminum $749, $849 Stainless Steel Stainless Steel
Rear Cameras Dual camera Dual camera Triple camera + LiDAR Triple camera + LiDAR
Pricing $649, $749 $749, $849 $999, $1,099, $1,299 $1,099, $1,199, $1,399

Apple secara beransur-ansur meningkatkan kapasiti penyimpanan asas iPhone terbarunya selama bertahun-tahun, dari 16GB hingga 32GB dengan barisan iPhone 7 dan dari 32GB hingga 64GB dengan iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X.

Apple dijangka melancarkan barisan iPhone 12 pada bulan September, namun terdapat kemungkinan bahawa Apple akan menunda tarikh pelancaran tersebut ke bulan Oktober atau November kesan dari pandemik Covid-19 ini.

Sumber : AppleInsider

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!