Untuk Meningkatkan Jualan AirPods ; Apple Mungkin Tidak Menyertakan EarPods Dalam Kotak Lagi Pada iPhone Akan Datang

Menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple dikatakan mungkin tidak menyertakan lagi fon telinga EarPods secara langsung dalam kotak pada iPhone 12 akan datang.

Ini akan membuatkan hanya iPhone dan pengecas sahaja tersedia dalam kotak, sekaligus membuatkan pengguna perlu membeli fon telinga secara berasingan. Jika dilihat harga runcit EarPods di AAR sepasang EarPods  berjumlah RM129

Kuo beranggapan Apple mungkin sedang mengalami kesulitan untuk mempromosikan dan meningkatkan jualan Airpods mereka pada musim ini. Tambahan pula dengan isu pandemik Covid-19 yang menyerang dunia ketika ini menyebabkan penjualan mereka semakin menurun.

Dengan langkah ini, Apple menjangkakan ia mungkin akan menaikkan kembali jualan fon telinga nirwayar Apple, iaitu AirPods sekaligus meningkatkan pendapatan Apple secara kasarnya.

Sumber : 9To5Mac

 

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!