Untuk Makluman Sepanjang PKP Tiada Bil Elektrik Bercetak Dikeluarkan ; Ini Cara Untuk Anda Cek Bil TNB Secara Online

Semenjak negara kita dilanda wabak Covid-19 dan kerajaan telah memutuskan perintah kawalan pergerakan sejak dari 18 Mac yang lalu, ramai pihak terasa kesannya. Segala pergerakan setiap individu sangat terbatas dan banyak sektor-sektor perniagaan terpaksa ditutup ketika ini.

Kesannya banyak urusan penting dijalankan secara dalam talian sahaja seperti membayar zakat, pendaftaran i-Akaun KWSP dan pelbagai urusan lain.

Dan tidak terkecuali Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut mengambil langkah yang sama yang mana menerusi laman web rasminya memaklumkan bahawa sepanjang PKP ini tiada pengeluaran bil bercetak.

Jadi segala semakkan dan pembayaran bil boleh dibuat secara atas talian sahaja. Tujuan ini bukan sahaja untuk memerangi Pandemik Covid-19, ia juga untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB terjaga.

Jom ikuti langkah mudah ini untuk membuat semakkan dan membuat bayaran bil anda terus :

1. Anda ada pilihan untuk terus buat bayaran bil di laman rasmi TNB di sini -> myTNB <- atau anda boleh memuat turun app myTNB di App Store dan Google Play.

Jika anda belum mendaftar, daftar terlebih dahulu

 

 

 

 

 

 

 

2. Jika anda pemilik tekan ‘Yes’ dan jika anda hendak bayar bagi pihak orang lain tekan ‘No’.

 

 

 

 

 

 

 

3. Masukkan details ; No Akaun Bil Elektrik, Nama Pemilik, dan I/C.

 

 

 

 

 

 

 

4. Okay siap… Tekan akaun anda.

 

 

 

 

 

 

 

5. Dan anda boleh semak bil yang terdahulu dan membuat bayaran terus melaluinya.

 

 

 

 

 

 

 

6. Ni paparan maklumat bil TNB anda secara terperinci

 

 

 

 

 

 

 

*Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau boleh juga dibayar menggunakan online banking (FPX).

MYTNB APP

Untuk info lanjut tentang myTNB App sila rujuk portal rasmi https://www.mytnb.com.my/

Semoga perkongsian ini memudahkan kerja-kerja pembayaran bil elektrik anda.

Dan diharapkan syarikat bekalan air turut menyediakan applikasi seperti ini bagi memudahkan pengguna merekodkan segala bil dari semasa ke semasa.

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!