Tiada Lagi Pengecas Dan Fon Telinga Dalam Kotak iPhone Yang Akan Datang

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kita telah mendengar pelbagai desas-desus berkenaan iPhone akan datang, yang mungkin dikenali dengan nama iPhone 12. Ia telah diperkatakan Apple mungkin tidak menyertakan fon telinga EarPods dalam kotak.

Hal ini kerana, Apple dalam usaha mengalakkan penggunanya membeli AirPods, dan terbaru, menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple turut mungkin tidak menyertakan pengecas dalam kotak iPhone.

Dengan mengurangkan beberapa aksesori ini, Apple dijangka akan dapat mengekalkan harga jualan iPhone seperti biasa – walaupun menyertakan sokongan 5G yang meningkatkan kos berbanding iPhone sebelum ini.

Pada masa yang sama, Apple juga mungkin memasarkan langkah ini sebagai lebih mesra alam, selain mengalakkan pengguna menggunakan pengecas dan aksesori sedia ada bersama iPhone baru mereka kelak.

Secara tidak langsung, langkah ini juga akan mengecilkan lagi saiz kotak iPhone baru kelak. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Apple akan menyertakan kabel Lightning atau sebaliknya bersama-sama di dalam kotak iPhone baru.

Sekiranya Apple melaksanakan perkara ini melalui iPhone baru kelak, tidak mustahil kita turut melihat pelbagai pengeluar lain di pasaran mengikut jejak langkah sama.

Bagi anda sendiri, adakah perlu untuk menyertakan pengecas dan fon kepala bersama-sama pembelian telefon baru?

Sumber : MacRumors

Facebook
WhatsApp

This Post Has 2 Comments

  1. auni_kookie

    Terima kasih ats perkongsian ni ? Semoga bermanfaat untk semua ?

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!