Syarikat Telco beri Data Percuma 1GB Untuk Kegunaan Pembelajaran, Produktiviti Setiap Hari Hingga Hujung Tahun 2020 Tetapi Tidak Pada 40 Aplikasi Ini

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) turut merangkumi pemberian data percuma 1GB setiap hari kepada seluruh pengguna di Malaysia. Tawaran ini bermula dari 10 Jun hingga 31 Disember 2020.

Pengguna pascabayar dan prabayar boleh mendapatkan data percuma berkenaan dari jam 8 pagi hingga 6 malam setiap hari. Secara luarannya, tawaran ini kelihatan sama seperti yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi sejak dari 1 April lalu.

Bagaimanapun, penawaran data percuma 1GB ini hanya terhad untuk perkhidmatan yang berkaitan pembelajaran dan produktiviti tetapi tidak pada 40 aplikasi ini :

Permainan mudah alih

  • Arena of Valor
  • Call of Duty
  • Free Fire
  • King of Duty
  • Legend of Runeterra
  • Life After
  • Lords Mobile
  • Mobile Legends
  • PUBG Mobile
  • Rise of Kingdoms

Penstriman Muzik

  • Apple Music
  • Shazam
  • Smule
  • JOOX
  • Sound Cloud
  • Syok
  • Spotify
  • WeSing
  • QQ Music
  • YouTube Music

Media Sosial

  • Bigo
  • Facebook
  • Instagram
  • Snapchat
  • Telegram
  • Tik Tok
  • Tumblr
  • Twitter
  • We Chat
  • YY

Penstriman Video

  • Bigo
  • Dailymotion
  • FB Live
  • IGTV
  • JOOX
  • Netflix
  • Tik Tok
  • Viu
  • YouTube
  • YY

Pengguna boleh menikmati akses tanpa had percuma untuk aplikasi Microsoft Office 365 dan perkhidmatan persidangan video Zoom. Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan media yang diterbitkan bersama oleh syarikat telekomunikasi tempatan – Celcom, Digi, Maxis, Time, TM, U Mobile, dan Yes. Kursus e-pembelajaran dari Classruum, Udemy, dan SunagoLearn juga akan diberikan secara percuma.

Selain itu, syarikat telekomunikasi juga akan terus menyediakan akses data percuma ke sumber berita utama berserta laman rasmi KKM dan WHO. Tidak ketinggalan, data untuk penggunaan aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera, dan MyTrace turut diberikan secara percuma bagi menyokong usaha kerajaan menentang penularan wabak Covid-19.

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!