Siri Honor Play 4 Pro Bakal Menampilkan Ciri Baru Sensor Suhu Inframerah (IR)

Sebagaimana yang telah diuar-uarkan Siri Honor Play 4 akan dilancarkan pada minggu ini di China, termasuk Honor Play 4 dan Play 4 Pro. Yang menariknya Honor secara rasmi telah mengesahkan bahawa Honor Play 4 Pro yang baru akan menampilkan Sensor Suhu Inframerah (IR). Sensor ini mampu mengukur suhu manusia, haiwan, dan benda bukan hidup.

Pihak Honor juga ada berkongsi video demonstrasi, mengenai bagaimana sensor baru ini berfungsi pada Honor Play 4 Pro dan bagaimana anda boleh menggunakannya.

Untuk menguji suhu, pengguna perlu meletakkan telefon tepat di hadapan dahi orang untuk mendapatkan bacaan. Dan juga telah menguji sensor pada kucing dan ais krim. Lihat video demo yang dipautkan di bawah.

Sistem pengukuran suhu inframerah (IR) terdiri dari modul sensor dan elektronik serta sistem optomekanik yang memandu radiasi IR ke sensor.

Sensor ini digunakan untuk mengambil pembacaan suhu objek yang ditunjuk, dengan mengumpulkan tenaga inframerah yang dipancarkan oleh objek. Lebih banyak maklumat akan disahkan pada acara pelancaran.

Sumber :  MasterPC Plus

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!