Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru berspesifikasi asas mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Realme C11.
Realme C11 hadir dengan skrin 6.5-inci HD+, dijana cip Helio G35, menggunakan memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Melengkapkan ia adalah kamera utama 13MP + sensor potret 2MP, dan kamera swafoto 5-megapixel.
Dan menggunakan Android 10 yang dilengkapi antaramuka Realme UI.
Telefon pintar ini juga menyertakan kapasiti bateri yang cukup besar, iaitu sebanyak 5000mAh. Melalui kapasiti sebesar ini, ia memudahkan lagi pergerakkan harian kita kerana tidak perlu sentiasa bergantung kepada pengecasan. Bukan itu sahaja, bateri 5000mAh ini juga akan memberi anda keselesaan untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih maksimum, seperti menonton tayangan video, mendengar lagu dan bermain permua tanpa sebarang gangguan.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM429 bermula 7 Julai 2020 ini. Pembeli terawal juga akan menerima Realme Buds 2 secara percuma. Mungkin anda juga turut boleh melihat kepada penawaran sedikit berkuasa daripada Realme melalui Realme C3 yang ditawarkan pada harga RM499.