Raikan Raya Nirtunai Dengan GrabPay E-Duit Raya

Apabila menjelang Aidilfitri amalan pemberian duit raya sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Namun sambutan pada tahun ini sedikit berubah dengan adanya norma baharu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walaupun begitu, amalan ini tidak bermakna tidak dapat diteruskan.

Sebaliknya, Grab memeriahkan sambutan perayaan secara nirtunai dengan  GrabPay e-Duit Raya. Bermula 24 Mei – 6 Jun 2020, mana-mana pengguna yang membuat tiga pemindahan transaksi duit raya akan mendapat 50 mata GrabRewards (terhad kepada satu transaksi sehari). Lima pengguna teratas dengan pemindahan paling banyak pula akan menerima 20,000 mata GrabRewards.

Di samping itu, Grab juga bantu memupuk semangat menderma dalam kalangan orang ramai. Di mana, pengguna boleh menyumbang sehingga RM25 kepada pelbagai badan amal dan NGO menggunakan aplikasi GrabPay. Selain itu, GrabPay juga boleh digunakan untuk berbelanja baju raya di Zalora dan FashionValet. Tidak ketinggalan, pengguna juga boleh membeli pelbagai barangan keperluan menerusi GrabMart dan GrabExpress Ramadan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!

Sumber : Grab

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!