Playstation 5 Bakal Hadir Dalam Dua Variasi Pilihan

Sebagaimana yang telah sedia maklum, Semalam Sony telah melancarkan acara khas bagi mengumumkan konsol PlayStation generasi terbarunya iaitu PlayStation 5.

Pengenalan Sony semalam lebih banyak berahsia mengenai rekaan luaran konsol terbarunya ini tidak seperti persaingannya Microsoft yang mana lebih awal mendedahkan rupa bentuk Xbox Series X pada penghujung tahun lalu.

Seperti yang kita lihat, pendedahan semalam mengenai reka bentuk luaran PlayStation 5 tidak jauh bezanya dengan reka bentuk alat kawalan DualSensenya yang hadir dengan warna bertemakan hitam dan putih berserta jalur biru ditengah.

PlayStation 5 juga turut didedahkan bakal hadir dengan Edisi Digital (Digital Edition), yang mengingatkan kita dengan Xbox One S. Versi tanpa cakera PlayStation 5 ini tidak memiliki lengkung yang menempatkan pemacu cakera Blu-ray, namun masih kelihatan mirip dengan versi standard.

Kemungkinan PlayStation 5 versi tanpa pemacu cakera ini lebih murah dari versi standard, namun Sony masih belum mengumumkan apa-apa mengenainya.

Selain harga, Sony juga turut tidak mengumumkan tentang apa-apa pun mengenai tarikh pelancarannya. Banyak pihak berpendapat ianya bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini, tetapi ianya hanyalah sekadar desas-desus selagi tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!