Facebook merupakan laman web sosial yang membenarkan pengguna untuk berkomunikasi dengan rakan mereka dan saling bertukar maklumat. Dari hari ke hari Facebook kini makin berinovasi sejak ia awal mula diperkenalkan dahulu.
Hari ini Facebook telah mula menawarkan ciri memindahkan gambar dan video dari profil Facebook anda ke perkhidmatan lain seperti Google Photos, dan dijangka ditambah lagi pada masa akan datang.
Dengan adanya ciri ini, ia memudahkan pengguna membuat salinan pendua untuk semua gambar dan video mereka di akaun Facebook ke perkhidmatan Google Photos.
Untuk melakukannya, anda hanya perlu:
- Log masuk ke akaun Facebook anda. Pillih menu “Settings”.
- Seterusnya, pilih tab yang dilabelkan “Your Facebook Information”
- Pilih “Transfer a copy of your photos or videos”.
Pengguna seterusnya akan dihubungkan ke laman Google untuk membuat pengesahan, sebelum salinan pendua dilakukan.
Klik —–> Facebook DTP