Nantikan Pelancaran “The Future of Gaming” PlayStation 5 Minggu Hadapan

Sebagaimana yang sedia maklum, hari ini Sony telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa console permainan popular keluaran mereka iaitu PlayStation 5 akan dilancarkan di acara khas pada 4 Jun 2020 ini (waktu tempatan, 5 Jun 2020)

PlayStation 5 merupakan konsol generasi baru Sony yang bakal diperkenalkan pada tahun ini. Ia hadir dengan ciri istimewa yang baru yang tidak ada pada konsol sebelumnya iaitu PlayStation 4 dan sudah tentu game-game yang ditawarkan juga menarik; Nioh 2, Avengers Project,  Final Fantasy 7, Beyond good and Evil event, Elder Scrolls 6, Cyberpunk 2077 dan banyak lagi.

Ciri yang terbaru dan unik ini akan memberikan pengalaman bermain video game yang berbeza kepada penggunanya. Sony menyatakan bahawa PlayStation 5 akan menyokong sepenuhnya resolusi 4K untuk game-game yang boleh dimainkan di konsol tersebut. Agak-agak  nampak tak jerawat karakter game nanti tambah-tambah main FIFA or Pes, layan!

Dengan menggunakan Solid-State Drive (SSD) yang secara tidak langsung mempercepatkan loading game dan diramalkan memori-ram akan hadir dengan 24 GB GDDR6 RAM +4 GB DDR4 RAM untuk sistem operasi.

Buat masa ini, Sony telah berkongsi secara ringkas berkaitan spesifikasi konsol berkenaan, selain mempertontonkan alat kawalan permainannya. Melalui acara ini, kita mungkin akan melihat permainan eksklusif yang bakal hadir pada konsol berkenaan kelak, selain keupayaan grafiknya.

Jadi ayuhlah sama-sama kita nantikan 4 Jun ini untuk melihat sendiri kejutan pihak Sony melalui permainan di PlayStation 5.

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!