Nampak Gayanya Samsung Bakal Mengikut Jejak Langkah Apple

Baru-baru ini, Apple telah menyatakan bahawa mereka mungkin tidak lagi menyertakan pengecas dalam iPhone yang akan datang. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.

Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.

Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.

Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.

Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.

Sumber : ETNews

Facebook
WhatsApp

This Post Has One Comment

  1. auni_kookie

    ❤️??

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!