Masuk Suku Kedua 2020, Lebih 12 Juta Unit iPhone SE 2 Sudah Terjual

Pada bulan April lalu, Apple secara rasmi melancarkan iPhone SE 2 yang baru, yang menampilkan pemproses bionik A13 dengan paparan LCD Retina HD 4,7 inci, dengan harga RM1999. Harga jualan ini merupakan yang paling murah Apple pernah jual sejak wujudnya iPhone X dan ke atas.

Menurut Taiwan Economic Daily, Apple telah berjaya memasarkan sebanyak 12 juta sehingga 14 juta unit iPhone SE 2 ini pada suku kedua 2020. Tambahan sumber lagi, Apple dikatakan akan terus menjual iPhone murah pada tanda harga bermula $399 atau mungkin RM1,999 (untuk pasaran Malaysia) pada tahun hadapan. Buat masa ini masih tiada informasi, iPhone murah apakah yang Apple akan perkenalkan. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : iTHome

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!