Kini Telekom Malaysia Menawarkan Pelan Unifi Home Secara Percuma Selama 30 Hari

Dalam usaha menarik lebih ramai pengguna menggunakan Unifi, kini Telekom Malaysia hadir dengan sebuah promosi untuk pengguna menguji dan mencuba penawaran rangkaian mereka terlebih dahulu, sebelum memilih untuk menggunakannya sepenuhnya.

Penawaran ujian selama 30 hari ini ditawarkan untuk pengguna baru pelan Unifi Home berkelajuan 30Mbps, 100Mbps, dan 300Mbps.

Bagi pengguna baru, anda boleh mendaftar pakej ini dan membatalkan langganan dalam tempoh 30 hari tanpa sebarang caj. Penawaran promosi ini hanya untuk langganan pakej Unifi Home sahaja – dan jika ada sebarang penambahan lain sebagai contoh, pakej Unifi TV, pengguna perlu membayar untuknya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Unifi hari ini, dan membuat pendaftaran baru untuk pakej berkenaan. Promosi ini ditawarkan sehingga 30 Jun 2020 ini.

layari : UnifiTryMe

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!