Selain memperkenalkan perubahan Face ID untuk penggunaan topeng muka dan Pendedahan Notification API, iOS 13.5 akan menambahkan fungsi ciri baru yang mana maklumat Medical ID pengguna boleh dikongsi.
Perkongsian ini akan dikongsi secara automatik apabila panggilan kecemasan dilakukan menggunakan iPhone atau Apple Watch.
Namun begitu, ia adalah pilihan dan fungsi ini perlu diaktifkan terlebih dahulu di tetapan Emergency Calls & SOS. Jika fungsi ini dinyahaktif, ia tidak akan berfungsi.
Kelebihan fungsi ini, ia akan memberitahu pihak berkuasa untuk mengesan lokasi kita dengan lebih tepat agar bantuan keselamatan/perubatan dapat dihantar dengan lebih cepat.
Bagaimana pendapat anda tentang fungsi ini?
Sumber : MacRumors