Honor yang merupakan sub-jenama Huawei dalam diam-diam menambah lagi barisan produknya di bawah segmen tablet dengan memperkenalkan Honor Tab 6 Dan Honor Tab X6 di China.
Ciri-ciri Honor Tab 6 membawakan paparan bersaiz 10.1-inci dengan resolusi 1920 x 1200 piksel. Salah satu titik utama jualannya terletak pada sokongan sistem audio Histen 6.1 yang memberikan kualiti bunyi lebih baik. Tunjang utama peranti ini dilengkapi pemproses Kirin 710A dengan gabungan memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 128GB.
Kamera utama Honor Tab 6 setinggi 5-Megapixel, kamera swafoto 2-Megapixel, bateri 5,100mAh (USB-C) dan perisian Magic UI 3.1 berasaskan Android 10 terkini. Harga jualannya adalah bermula RM792
Manakala ciri Honor Tab X6 pula hadir skrin 9.7-inci dengan resolusi lebih rendah iaitu 1200 x 800 piksel. Tunjang utama turut menggunakan pemposes Kirin 710A yang digandingkan dengan memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 64GB. Tablet ini turut dilengkapi dengan kamera utama tunggal 5-Mgepixel, kamera hadapan 2-Megapixel dan bateri sebesar 5,100mAh melalui pengecasan USB-C. Untuk ketersediaan, peranti ini ditawarkan sedikit rendah bermula RM670.