Google kini telah mula membangunkan aplikasi Chrome 64-bit untuk Android dan dalam masa yang sama, mereka menyatakan akan menghentikan penawaran aplikasi 32-bit melalui Google Play Store bermula tahun hadapan.
Melalui Chrome 85 yang kini dalam fasa pembangunan awal, Google dilihat menyertakannya dalam binaan 64-bit.
Menggunakan Chrome binaan berasaskan 64-bit, ia akan menawarkan prestasi yang lebih baik untuk pengguna, dan beroperasi dengan lebih pantas.
Pelayar web 64-bit juga dijangka akan menawarkan peningkatan prestasi berganda berbanding penggunaan versi 32-bit pada hari ini.
Chrome 85 dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos kelak, dan ia mungkin menjadi antara versi 64-bit yang terawal untuk pengguna peranti Android.
Sumber : AndroidPolice