Facebook Memperkenalkan Versi Antaramuka Baru Yang Lebih Mesra Pengguna

Facebook sebelum ini telah memperlihatkan antaramuka baru desktop untuk perkhidmatan media sosial mereka pada 2018 yang lepas, dan telah mengujinya secara berperingkat sejak penghujung 2019 yang lepas. Facebook mengatakan mereka akan memperkenalkan antaramuka desktop baru ini kepada semua pengguna seluruh dunia dalam minggu-minggu akan datang.

Antaramuka baru ini dikatakan berfungsi dengan lebih pantas dan menawarkan pengalaman lebih baik kepada pengguna berbanding sebelum ini.

Untuk makluman, sejumlah pengguna telah menikmati antaramuka baru ini sejak daripada awal tahun ini, dimana ia hadir dengan fokus terhadap Facebook Groups, rekaan yang lebih kemas, selain menyertakan sokongan tema gelap bersama dengannya.

Bagi anda yang menggunakan panel paparan bersaiz besar, antaramuka baru ini mungkin janggal untuk peringkat permulaan memandangkan ia menawarkan ruangan kosong yang agak besar berbanding sebelum ini.

Antaramuka ini, Facebook lebih memfokuskan kepada ciri Facebook Gaming, Facebook Marketplace dan juga Facebook Watch.

Bagi anda yang telah menerima antaramuka baru ini, apa pendapat anda berkaitan dengannya? Adakah anda menyukainya?

Sumber : Facebook

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!