China Unicom Dan ZTE Menandatangani Perjanjian Untuk Membangunkan Teknologi 6G

Dalam kita masih lagi menanti pelancaran rangkaian 5G pada tahun hadapan. China telahpun memulakan pembangunan teknologi 6G semalam, apabila China Unicom menandatangani perjanjian persefahaman bersama ZTE bagi membangunan rangkaian 6G ini.

Pada ketika ini, masih tiada lagi standard yang ditetapkan untuk 6G dan apakah penambahbaikan ke atas 5G yang akan diperkenalkan? Dengan perjanjian yang ditandatangani, ZTE dan China Unicom akan melakukan kajian untuk melihat apakah yang diperlukan kelak. Antara yang mungkin dilakukan ialah mengurangkan lagi masa pendam dan kelajuan muat turun mencecah 1 terabit sesaat berbanding 3 gigabit sesaat pada 5G.

Pembangunan teknologi 6G turut telah dilakukan oleh syarikat lain seperti Huawei dan Samsung. Sekiranya projek ini berjalan lancar, 6G akan diperkenalkan menjelang tahun 2030.

Sumber : C114 NEWS

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!