China Bersedia Menyenaraihitamkan Syarikat Dari AS : Apple, Qualcomm, Cisco dan Boeing Sebagai Tindak Balas Serangan Ke Atas Huawei

Oleh kerana perang perdagangan yang berlaku di antara Amerika Syarikat dan China semakin hangat hari ini, Syarikat Huawei telah menjadi mangsa setelah Jabatan Perdagangan A.S mengeluarkan arahan untuk menyekat Huawei dari mengakses cip dari pengeluar global untuk kelengkapan mereka.

Menurut laporan Global Times kesan dari serangan yang dilakukan A.S keatas Huawei, China kini bersedia untuk menyerang kembali syarikat dari Amerika Syarikat seperti Apple, Cisco, Boeing dan Qualcomm ke dalam senarai “entiti yang tidak boleh dipercayai”. Antara serangan tindak balas yang boleh diambil ialah mengenakan halangan dan melancarkan siasatan ke atas syarikat-syarikat tersebut. Pembatalan pesanan pesawat penumpang Boeing dari syarikat penerbangan China juga mungkin akan dilakukan. China bersedia mengambil langkah kuat untuk melindungi haknya yang sah.

Isu ini menunjukkan petanda ia akan berakhir pada mulanya selepas pertemuan empat mata antara Presiden Trump dan Presiden Xi Jinping tahun lalu. Namun ia kembali tegang selepas Trump mengeluarkan kenyataan dan menyalahkan China ke atas pandemik Covid-19 yang melumpuhkan dunia hari ini.

Sumber : Global TImes

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!