Cara Mendapatkan Data Internet 1GB Setiap Hari Secara Percuma

Pemberian data internet percuma 1GB setiap hari di bawah program PENJANA ini telah diumumkan oleh kerajaan tempoh hari yang melibatkan usahasama dari syarikat-syarikat telekomunikasi utama di Malaysia termasuk Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Unifi Mobile, Yoodo, dan TuneTalk.

Cara-cara untuk menebusnya adalah seperti berikut:-

Maxis

Bagi pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menebus data internet 1GB percuma menerusi aplikasi mudah alih masing-masing menerusi MyMaxis dan Hotlink RED.

  • Buka aplikasi MyMaxis – Pergi ke “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” menerusi “Time Based Pass”
  • Buka aplikasi MyMaxis Biz – Pergi ke “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” menerusi “Time Based Pass”
  • Buka aplikasi Hotlink RED – Pergi ke halaman utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Pengguna boleh juga mengaktifkan data percuma ini menerusi  tab ‘Shop’
  • Buka aplikasi Hotlink Flex > Pergi ke Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” menerusi Time Based Pass

Penebusan data percuma 1GB ini juga boleh dibuat dengan mendail 100# untuk pengguna Maxis atau 868# untuk pengguna Hotlink

Celcom, Xpax dan Yoodo

Bagi pengguna Celcom boleh mendapatkan pemberian data internet 1GB harian  secara percuma menerusi MyDeal di dalam aplikasi Celcom Life

Terdahulu, pengguna Celcom termasuk pengguna pelan pascabayar dan XPAX (prabayar) dan Yoodo, boleh mendapatkan data percuma 1GB secara automatik tanpa perlu melalui aplikasi atau SMS.

Digi

Pemberian data internet percuma 1GB ini boleh didapati menerusi aplikasi MyDigi khusus untuk pengguna Digi. Tuntutan hanya perlu dibuat sekali sahaja dan pengguna boleh terus menikmati pemberian ini pada setiap hari.

Pengguna pascabayar Digi boleh mendapatkannya menerusi aplikasi mudah alih MyDigi pada halaman ‘Rewards’. Bagi pengguna prabayar Digi pula, tuntutan data internet percuma 1GB ini boleh dibuat dengan mendail 128.

U Mobile

Untuk pengguna U Mobile pula, pemberian data internet percuma 1GB ini dibuat secara automatik dengan hanya perlu mendail nombor berikut untuk pengaktifan sekali sahaja:

  • *118*6*7# bagi pengguna prabayar
  • *118*7*6# bagi pengguna pascabayar

Pengguna pelan U Mobile WeChat Go bagaimanapun, tidak boleh menggunakan data internet percuma 1GB pemberian kerajaan ini.

Unifi Mobile

Pengguna Unifi Mobile boleh terus menikmati data internet percuma 1GB ini tanpa perlu melakukan pengaktifan.

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!