Cara Menambah ICloud Storage Iphone Hanya Menggunakan Kredit Topup Je?

Bagi pengguna Iphone rata-rata pasti alami masalah ketidakcukupan iCloud storan… kan? mana tidak nya, pihak Apple hanya memberikan 5GB sahaja secara percuma.

Namun, kini anda tidak lagi perlu risau untuk menambah kapasiti storan memori Iphone. Anda boleh membeli iCloud storan dengan bayaran bulanan untuk mendapatkan 50GB dengan hanya RM3.90 sebulan. Dan yang menariknya, anda boleh menolak dengan nilai kredit topup anda.

Langkah Untuk Menambah iCloud Storan Iphone dengan menggunakan Topup

1 ) Buka setting dan tekan akaun.

2) Tekan button Payment and Shipping.

3) Pilih Payment Method

4) Pilih Mobile Phone method & Pilih ‘Use This Mobile Number’

5) Tekan ‘Buy More Storage’ & pilih saiz iCloud storan yang anda inginkan

.

Kredit Topup anda akan ditolak setiap bulan mengikut tarikh pembelian anda. Anda boleh unsubscribe jika anda tidak lagi ingin menggunakan storan tambahan ini.

Kelebihan iCloud

iCloud bertindak sebagai pusat simpanan data yang dapat menyimpan pelbagai jenis data pengguna pada pelayan (server) anda yang boleh diakses di mana sahaja anda berada.

Anda juga tidak lagi perlu risau akan kehilangan atau data-data yang tidak selari pada setiap peranti. Memiliki storan iCloud berkapasiti besar memberikan kelebihan untuk anda membuat tetapan proses salinan data (iCloud backup) secara automatik yang diaktifkan pada peranti.

Senang cerita anda tak perlu serabutkan kepala otak mengurus data-data pada setiap peranti Apple yang dimiliki dengan memiliki storan iCloud bersaiz besar.

Mudah kan? Sekian Terima Kasih ?

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!