Cara Menambah iCloud Storage Dengan Menggunakan Credit/Debit Card

Okayyy sebelum ni Admin ada buat perkongsian tentang macam mana hendak menambah kapasiti iCloud storan hanya menggunakan kredit Topup korang kan? Tapi hari ni, min nak ajar pulak cara menggunakan Credit/Debit Card korang.

Langkah Untuk Menambah iCloud Storan Iphone dengan menggunakan Credit/Debit Card :

1 ) Buka Setting Dan Tekan Akaun.

2) Tekan Button Payment And Shipping.

3) Pilih Payment Method.

4) Pilih Credit/Debit Card method & Isi Maklumat Yang Berkenaan.

5) Tekan ‘Buy More Storage’ & Pilih Saiz iCloud Storan Yang Korang Inginkan.

 

 

 

 

 

 

 

*Credit/Debit Card korang akan ditolak setiap bulan mengikut tarikh pembelian korang. Dan korang boleh unsubscribe jika korang tidak lagi ingin menggunakan storan tambahan ini.

Kelebihan iCloud

Sebagaimana yang kita tahu, iCloud ni bertindak sebagai pusat simpanan data yang dapat menyimpan pelbagai jenis data pengguna pada pelayan (server) yang mana korang boleh akses ia di mana sahaja korang berada.

Dan korang juga tidak lagi perlu risau akan kehilangan atau data-data yang tidak selari pada setiap peranti. Memiliki storan iCloud berkapasiti besar memberikan kelebihan untuk korang membuat tetapan proses salinan data (iCloud backup) secara automatik yang diaktifkan pada peranti.

Senang cerita korang tak perlu serabutkan kepala otak mengurus data-data pada setiap peranti Apple yang dimiliki dengan memiliki storan iCloud bersaiz besar.

Mudah kan? Sekian Terima Kasih ?

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!