Sedar tidak sedar, kita sudah semakin hampir dipenghujung Mei dan Pandemik Covid-19 yang telah menyerang dunia ini hampir separuh tahun sudah sejak ia pertama kali dikesan di China sekitar November 2019. Jumlah kes di Malaysia sahaja sudah menjangkau 6819 kes positif dan menyebabkan 112 kes kematian. Hari ini WHO mengumumkan kematian akibat Covid-19 telah melebihi 300,000 kes dan kes positif hampir mencecah 5 juta penduduk di seluruh dunia.
WHO juga menegaskan bahawa wabak Covid-19 ini tidak akan hilang dan penduduk dunia harus terima hakikat dan harus belajar hidup dengan nya. Kesan daripada ini, kerajaan di seluruh dunia telah beransur-ansur melonggarkan perintah kawalan berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan masing-masing.
Namun begitu, kelonggaran ini tidak bermakna kita boleh bebas dan menjalani hidup secara normal seperti sebelum-sebelum ini. Ia masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap tertinggi agar penyebaran ini terkawal dan tahap kesihatan kita, keluarga, dan masyarakat sekeliling lebih terjamin.
Sumber : Buletin TV3