Bagi Yang Menantikan Sony WH-CH710N Kini Sudah Di Pasaran Pada Harga RM699  Dengan Ciri-Ciri Yang Baru

Sony ialah jenama teknologi terkemuka dari Jepun yang membangunkan pelbagai jenis perkakasan yang digunakan oleh orang ramai di seluruh dunia, dan diantaranya ialah fon-fon kepala yang hadir dengan teknologi terbaru.

Terkini, Sony Malaysia mengumumkan bahawa mereka membawa masuk Sony WH-CH710N, iaitu fon kepala nirwayar mampu milik terbaru mereka.

Fon kepala Sony WH-CH710N ini hadir dengan sistem pembatalan hingar aktif menggunakan ciri Automatic Artificial Intelligence Noise Cancelling dengan sistem dwi-mikrofon yang mengesan dan menghalang bunyi persekitaran daripada memasuki kawasan pendengaran fon kepala ini.

Sama seperti fon-fon kepala Sony yang mempunyai fungsi pembatalan hingar, WH-CH710N ini turut didatangkan dengan ciri Ambient Sound yang membolehkan pengguna untuk mendengar sedikit bunyi persekitaran jika diperlukan.

Dalam pada itu, fon kepala ini hadir dengan bateri yang mempunyai jangka-hayat yang sangat panjang, selama 35 jam dengan satu pengecasan penuh. Bukan itu sahaja, pengecasan bateri selama 10 minit akan memberi pengguna masa sejam untuk mendengar lagu-lagu kegemaran mereka begitu sahaja.

Menurut Sony Malaysia, fon kepala Sony WH-CH710N ini sudahpun tiba di kedai-kedai Sony di KLCC, The Curve dan kedai-kedai atas talian tempatan pada harga RM699.

Sumber : Amanz

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!