Selari dengan usaha kerajaan melaksanakan peralihan dari siaran TV analog ke siaran digital, penerima BSH 2020 terutama golongan OKU dan B40 anda layak untuk menerima set dekoder MYTV secara percuma tetapi hendaklah mendaftar sebelum 31 Mei 2020. Semakan boleh dibuat di portal rasmi MYTV Broadcasting di sini ataupun menerusi nombor telefon MYTV Careline di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988.
Melalui dekoder ini, anda boleh menonton siaran digital myFreeview yang menawarkan 15 saluran televisyen definisi tinggi dan 6 saluran radio yang popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan. Pemberian dekoder MYTV bernilai RM300 secara percuma ini melibatkan 2 juta penerima BSH terutama mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat siaran analog.
Sekiranya anda layak, pihak MYTV akan menghantar set dekoder ini terus ke rumah anda. Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda boleh memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview dengan PERCUMA.
Antara kelebihan siaran digital ialah:
- Resolusi gambar yang lebih jelas
- Audio yang berkualiti tinggi
- Tanpa bayaran bulanan
- Penambahan perkhidmatan dan siaran TV
Sekiranya anda tidak layak, Set dekoder ini boleh dibeli secara online pada harga sekitar RM184 – RM299 atau daripada mana-mana wakil penjual berhampiran anda.