Apabila ura-ura yang menyatakan Apple mungkin tidak lagi akan menyertakan pengecas dan fon telinga pada setiap pembelian iPhone yang akan datang, pelbagai reaksi dan pandangan negetif yang diterima oleh Apple. Antara sebab mengapa Apple tidak lagi akan menyertakan pengecas dan fon telinga kelak kerana kebanyakan pengguna iPhone yang sebelum ini sudahpun memiliki pengecas dan fon telinga yang lama manakala dengan setiap pembelian akan hanya menambah sisi elektronik. Tetapi ramai melihat ia sebagai satu lagi cara untuk Apple mengurangkan kos pengeluaran.
Setakat ini Apple hanya telah melalukan tinjauan di kalangan pembeli iPhone baharu di Brazil. Antara soalan yang diberikan ialah nasib pengecas lama yang digunakan sebelum ini. Antara jawapan yang boleh dipilih ialah memberinya kepada saudara mara, mengitar semula dan tidak lagi berfungsi. Setakat ini tinjauan hanya diterima pemilik di Brazil sahaja. Ia mungkin adalah cara Apple untuk melihat sama ada tindakan tidak menyertakan pengecas kelak perlu diteruskan ataupun tidak.
Sumber : MacRumors