Apple Akan Menggeluarkan Cip Prosesser Sendiri Untuk Produk Mac Mereka Nanti

Sebagaimana yang kita ketahui, Cip siri A dari Apple adalah antara cip pemprosesan paling berkuasa dalam pasaran telefon pintar dan juga tablet. Disebabkan itu, Apple mahu menggunakan kepakaran mereka dalam pembuatan cip untuk memuatkan cip kustom ini ke dalam barisan komputer Mac mereka.

Menurut Bloomberg, Mac akan menggunakan cip ARM ini bila diperkenalkan ketika acara WWDC pada 22 Jun ini dan menggantikan cip prosesser intel yang sedia ada.

Dengan cip terbaru ini, Apple dapat meningkatkan lagi prestasi Mac mereka, dan juga ketahanan bateri juga akan lebih meningkat.

Sebelum ini kita mendapat tahu acara WWDC akan mengumumkan versi iOS 14, macOS 10.16, watchOS 7 dan banyak lagi. Dengan laporan sebegini, kita semua boleh menjangka bahawa Apple juga akan turut umumkan perkakas atau peranti selain daripada perisian atau servis mereka.

Sumber : Bloomberg

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!