Papan kekunci sejak zaman berzaman dihasilkan menggunakan bahan plastik. Tiada perubahan yang besar dilakukan pada kekunci berbanding mekanisme yang menawarkan suis mekanikal dan membran. Tetapi Apple ingin melakukan perubahan selepas mempatenkan butang papan kekunci yang mempunyai permukaan paling atas yang diperbuat daripada kaca.
Menerusi paten yang difailkan, bahagian bawah butang kekunci diperbuat daripada plastik. Permukaan paling atas pula diperbuat daripada bahan kaca. Huruf pada setiap butang akan terletak di bawah permukaan kaca yang memastikan ia tidak akan terpadam ataupun haus selepas digunakan beberapa tahun. Selain itu permukaan kaca juga menawarkan permukaan yang terasa lebih premium berbanding plastik sama seperti permukaan kaca pada pad sesentuh MacBook semasa.
Sumber : AppleInsider