Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Di IPT, Hendaklah Dilaksanakan Secara Atas-Talian Hingga 31 Disember Untuk Pelajar

Institusi pendidikan tinggi (IPT) tidak lagi dibenar menjalankan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di dalam kampus, sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Dis 2020 ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju dengan cadangannya memberi pengecualian kepada 5 kategori pelajar pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP.

Langkah ini diambil dalam usaha mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 dikalangan pelajar.

Apa pun, pengecualian diberikan kepada lima kategori pelajar :-

  1. Pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan di Universiti Awam dan IPTS diberikan kebenaran menyambung penyelidikan dengan kadar segera.
  2. Pelajar Semester/Tahun Akhir diperingkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang memerlukan kerja klinikal, latihan amal, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau peralatan khusus dibenar melaksanakan PdP di kampus seawal 1 Julai 2020 ini.
  3. Pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program TVET di Politeknik dan Kolej Komuniti yang perlu mendapat bimbingan secara bersemuka bagi melaksanakan PdP kerana masalah pembelajaran dibenarkan seawal 1 Ogos 2020.
  4. Kemasukan bagi pelajar baru sijil dan diploma politeknik, kolej komuniti serta IPTS sesi akademik 2020/2021 seawal 1 Julai 2020 ini.
  5. Kemasukan pelajar asasi dan diploma di universiti awam seawal 1 Ogos dan kemasukan pelajar ijazah sarjana muda, pasca siswazah mod penyelidikan di universiti awam dan IPTS seawal 1 Oktober 2020.

Disarankan semua aktiviti akademik di kampus perlu mematuhi SOP sepenuhnya, mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial.

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!