Akan datang Iklan Di YouTube Mungkin Akan Lebih Kerap Dilihat

Hari ini YouTube telah mengumumkan yang mereka akan mula memaparkan iklan pada bahagian pertengahan video untuk sebarang video yang panjangnya lebih daripada lapan minit – dan bukannya 10 minit seperti sebelum ini.

Semua video sedia ada yang panjangnya lebih 8 minit akan memaparkan iklan pada bahagian pertengahan ini secara automatik.

Apa pun, YouTube masih memberikan pilihan kepada penerbit kandungan untuk mematikannya secara manual melalui saluran masing-masing.

Perubahan ini akan mula aktif daripada penghujung bulan Julai 2020 ini. Seperti biasa, pengguna YouTube Premium tidak terkesan dengan perubahan ini.

Sumber : Google

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!