Sebelum ini acara pengumuman Sony Playstation 5 sepatutnya berlangsung pada 4 Jun 2020, namun telah ditunda dek kerana telah berlaku insiden besar yang sedang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Namun hari ini pihak Sony telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh baru acara pelancaran Sony PlayStation 5 tersebut yang mana ia akan dilangsungkan Khamis ini iaitu pada 11 Jun 2020.
Menerusi TheVerge, PlayStation 5 ini dilengkapi CPU AMD Zen 2 8-core. Untuk memori, ia dilengkapi dengan 16GB RAM GDDR6 dan storage SSD sebesar 825GB.
Walaubagaimanapun, Sony masih belum lagi berkongsi sepenuhnya tentang console gaming terbaru mereka ini dan korang kena tunggu acara pelancarannya kalau nak tahu lebih lanjut.
Sama-sama kita nantikan.