Jika sebelum ini pengguna Android menggunakan aplikasi ketiga seperti ShareIt, Files Go, Send Anywhere dan banyak lagi yang dianggapkan tidak begitu baik dengan prestasinya. Namun kini, Google telah memudahkan penggunanya dengan mengeluarkan aplikasi ‘Nearby Share’ yang mana ia sama fungsi seperti ‘AirDrop’ dari Apple.
Nearby Share sudah diperlihatkan sejak tahun lepas lagi, dan ia mula diuji pada minggu lepas melalui kemaskini beta Google Play Services. Terkini, ia dilihat sudah muncul dalam peranti Pixel yang menjalankan Google Play Services versi stabil. Jadi, jelas di sini yang Google mengujinya secara dari bahagian pelayan. Buat masa ini, ia dilihat hanya terdapat pada Pixel sahaja. Tetapi Google berhasrat untuk edarkan fungsi ini kepada semua pengguna Android 6.0 ke atas. Jadi, selepas ia stabil akan datang – ia akan diedarkan kepada semua pengguna Android dan tidak terhad kepada Pixel sahaja. Sama-sama kita nantikan.
Sumber : AndroidPolice