Cara Mudah Menonton Youtube Tanpa Iklan

YouTube adalah antara laman web yang paling ramai dilawati setiap masa. Namun setiap kali menonton video di YouTube, pasti ada yang berasa sakit hati dengan iklan yang terpapar lagi-lagi iklan jenis yang terpaksa menunggu sehingga habis dimainkan.

Jadi pelbagai cara telah dilakukan, sama ada dengan memasang plug-in, menggunakan aplikasi pihak ketiga atau dengan melanggan YouTube Premium.

Tapi hari ini admin nak ajar cara mudah untuk menghalang iklan dari terpapar keluar ketika melayan video dari YouTube seperti mana yang telah diajar oleh Redditor. Caranya adalah hanya dengan meletakkan “.” pada pautan URL YouTube anda.

Sebagai contoh,

https://www.youtube.com/watch?v=1gQauQaMNlQ // – Link ni akan terpapar iklan

https://www.youtube.com./watch?v=1gQauQaMNlQ // – Link ni tidak akan terpapar iklan

Seperti anda dapat lihat beza kedua-dua link diatas hanya letak “.” pada hujung URL .com tu. Tambahan titik seperti diatas akan menyebabkan hostname tidak dinormalkan dan menyebabkan iklan tidak terpapar, tetapi pada masa yang sama kandungan video masih berjalan seperti biasa.

Kelihatan mudah tetapi mungkin sebelum sempat anda siapkan tips mudah ini, butang “skip ad” sudahpun muncul. Tips ringkas ini sudah mula tersebar meluas di internet dan lambat laun pastinya YouTube akan mengemaskini kelemahan tersebut.

Suka diingatkan bahawa iklan yang lalu di YouTube membantu menjana pendapatan bagi pencipta kandungan pada platform tersebut.

Sumber : Reddit

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!