KERAJAAN hari ini telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKPP ini lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian.
Antara yang turut dibenarkan adalah perjalanan rentas negeri kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD, pembukaan kedai gunting rambut, kebolehan melakukan aktiviti sukan dengan lebih meluas, dan operasi perniagaan yang kembali seperti sebelum ini.
Selari dengan itu, Perdana Menteri juga turut menyeru rakyat Malaysia supaya menggunaka aplikasi MySejahtera dalam usaha untuk memudahkan pelaksanaan penilaian kesihatan kendiri, mengikuti info semasa dan sebagainya. MySejahtera juga akan memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan dengan cepat, tepat dan berkesan.
Ia juga turut boleh digunakan untuk tujuan mendaftar masuk dan merekod kunjungan kesejumlah premis yang ada lawati.
Muat Turun : MySejahtera.Android
Muat Turun : MySejahtera.iOS