Untuk merangsang kembali ekonomi negara, kerajaan hari ini telah memperuntukkan RM750 juta untuk Program ePenjana dalam usaha menggalakkan penggunaan perkhidmatan pembayaran tanpa sentuh (contactless payment) dan mengurangan sentuhan fizikal ketika pembelian selari dengan era norma baharu masyarakat Malaysia ketika ini.
Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna selain akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun daripada syarikat khidmat e-dompet.
Inisiatif e-dompet ini akan bermula pada bulan Julai dan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Terdahulu, pihak kerajaan pernah menyediakan program yang hampir sama menerusi e-Tunai Rakyat. Program yang diperuntukan di bawah Belanjawan 2020 pada awal tahun ini menyediakan kredit e-dompet RM30 bagi menggalakkan penggunaan e-dompet di kalangan rakyat Malaysia.