Cara Menentukan Arah Kiblat Dengan Telefon Pintar

Apabila tiba di tempat baru atau bermusafir ke luar negara, mungkin agak sukar untuk mencari arah kiblat. Google kini menyediakan cara mudah untuk mencari arah kiblat, hanya dengan menggunakan telefon pintar. Caranya, adalah Qibla Finder.

Qibla Finder adalah satu laman web yang dibangunkan Google, yang membantu mencari arah kiblat dari mana jua atas muka bumi ini. Ia boleh diakses menerusi laman web QiblaFinder.

Langkah pertama adalah, buka laman web Qibla Finder menerusi pelayar (seperti Chrome atau Safari) di telefon pintar. Kemudian kalibrasi kompas di telefon, dengan menggerakkan telefon dalam bentuk angka 8.

Selepas itu, lihat anak panah di mana terdapat garisan yang menunjukkan arah ke Kaabah. Anda boleh bermula dengan menghadapkan telefon ke lantai, dan menuruti kompas sehingga terlihat garisan biru, yang menunjukkan jarak lokasi anda ke Kaabah. Garisan biru tegak adalah arah kiblat anda.

Mudah kan?

Qibla Finder ini boleh digunakan dengan apa jua telefon yang memiliki kompas. Ia boleh juga digunakan di laptop atau desktop, tetapi tidak dapat memaparkan arah dengan tepat seperti di telefon pintar.

Boleh rujuk bagaimana Google menentukan arah kiblat di sini.

Facebook
WhatsApp

Leave a Reply

Subscribe Our Newsletters Now For More Exclusive Deals Into Yours Inbox!